Bahan-bahannya:
- 1 ekor ayam belanda
- 1 ketul mentega
- 1 biji bawang holland
- 1 biji lemon
- Secekak daun ketumbar dipotong halus
- Minyak zaitun
- Garam
- Lada sulah
- Serbuk lada Hitam/ lada hitam yang ditumbuk
- Sedikit daun rosemary (optional)
Cara penyediaannya:
- Bersihkan ayam belanda dan keringkan dengan menggunakan tuala dapur
- Panaskan ketuhar pada suhu 200 C
- Untuk membuat bahan perapan – lembutkan mentega pada suhu bilik dan gaulkan dengan garam, lada sulah, daun ketumbar dan sedikit parutan kulit lemon
- Gaul sebati dan ketepikan
- Lumurkan bahagan luar dan dalam ayam belanda dengan garam dan serbuk lada hitam
- Dengan teliti longgarkan kulitnya dan sumbatkan bahan perapan tadi ke dalamnya.
- Masukkan sedikit demi sedikit ke bawah kulit ayam dan tolak menggunakan jari. Sebaik-baiknya masukkan 80 % dari bahan perapan tersebut ke bahagan bawah kulit ayam belanda. Yang selebihnya, lumurkan pada keseluruhan ayam belanda.
- Masukkan bawang holland dan lemon (tak perlu dikupas kulitnya) ke bahagian dalam ayam dan sisipkan dengan lidi .
- Akhir sekali tuangkan minyak zaitun ke atas ayam seberapa banyak yang anda suka dan taburkan rosemary keatasnya.
- Masukkan ayam kedalam ketuhar dan bakar. Setiap 45 minit atau 1 jam, anda perlu ‘baste’ ayam tersebut.
- Buka pintu ketuhar dan dengan menggunakan sudu, ambil jus ayam dan curahkan ke atas ayam terutamanya dibahagian dada. Ini untuk menjadikan ayam tersebut masak dengan sama rata.
- Cucuk ayam dengan chopstick ataupun lidi yang panjang dan jika ianya keluar licin, bermakna ianya sudah masak.
- Sekiranya ayam sudah berwarna keperangan dan masih belum masak, ambil aluminium foil dan tutup ayam tersebut. Apabila ayam belanda sudah masak, ianya perlu direhatkan sekurang-kurang selama 30 minit sebelum dimakan. Ini akan menjadikan ayam tersebut lebih sedap dan ‘juicy’.
- Selamat mencubaaaa!!! Tak rugi tauuu...