Resepi Biskut Tart Kurma Sedap

Biskut Tart Kurma


Bahan-bahan
200gm mentega
50gm gula kaster
2 kuning telur
250gm tepung gandum
25gm tepung jagung
25gm susu tepung

Jem Kurma
200gm kurma, cincang halus
50ml susu cair
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega

- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat. Sejukkan dahulu dan gentel bujur.


Penyediaan
1. Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim. Masukkan kuning telur satu persatu, kacau hingga sebati.
2. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
3. Canai dan terap menggunakan penerap bulat. Leperkan sedikit supaya senang di lipat, masukkan inti kurma di tengahnya dan lipat hujung pastri hingga bertemu di tengah. Ambil sedikit doh, letakkan melintang di tengah seperti bingkisan.
4. Sapu dengan kuning telur dan bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit. (Mengikut suhu masing²)


Credit: Neeta
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram