Resepi Bubur Biji Nangka Warna Warni


Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras - supaya kuih tidak terlalu kembang, tak letak pun tak apa
3/4 cawan air suam dicampur sedikit pewarna pilihan (boleh buat beberapa warna )
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh air kapur cair
4-5 biji nangka- dibuang biji dan gunting kecil-kecil
1 helai daun pandan- carik dan simpul


Untuk kuah:
2-3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 cawan pati santan

Cara membuatnya:
1 Masukkan tepung pulut, tepung beras, garam dan air kapur ke dalam mangkuk. Buat beberapa bahagian mengikut warna. Campurkan air beserta pewarna tadi sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit tepung, dan bentukkan menjadi bulat bujur seperti di dalam gambar. Susun di atas pinggan/ talam yang ditabur sedikit tepung. Buat hingga habis.
3. Didihkan 2-3 cawan air bersama daun pandan. Masukkan kuih yang siap tadi dan masak hingga timbul seperti memasak buah melaka.
4. Apabila masak kesemuanya, masukkan gula, nangka dan pati santan. Perlahankan api. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga pengat mendidih sekali lagi. Matikan api dan sejukkan sebelum dihidang.
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram