Bahan Kuah Bubur Delima
Santan pekat
Garam
Gula
Hirisan mangga ranum
Cara Buat Kuah Bubur Delima
Masak santan pekat cmpur secubit garam dan sedikit gula.. Dah mendidih, masukkan hirisan mangga masak.. Dah siap masak, masuk biji delima.
Bahan Biji Delima
1 paket tepung ubi, dibahagi dua
sedikit pewarna merah
Cara Buat Biji Delima
Mula2, ambil sedikit tepung ubi dan tabur atas papan pencanai..
Ayak sebahagian tepung ubi dan dibancuh dengan air secukupnya...
Tuangkan ke atas papan pencanai yang telah ditabur tepung ubi tadi. Ratakan dan biarkan kering sedikit..
Bancuh satu bahagian lagi dan warnakan merah. Tuang ke atas lapisan putih. Biar kering dan mengeras.
Setelah itu, bolehlah dipotong kecil2 dan direbus ke dalam air mendidih hingga kelihatan jernih.
Toskan dan siram dibawah aliran air paip. Selepas itu, direndam ke dalam air sejuk.
Apabila hendak menghidang, toska airnya dan masukkan ke dalam bubur tadi.
Cara Hidang Bubur Delima Mangga
Campurkan biji delima bersama kuah dan isi mangga secukupnya. sedia untuk dinikmati