Bahan Bahan Kupang Lemak Cili Api
Bahan A :
500 gram isi kupang
200 gram nanas (Dipotong kecil)
2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
2 batang serai (Diketuk)
Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar) :
15 biji cili api
5 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1 cawan air
Cara Masak Kupang Lemak Cili Api
1. Masukkan bahan yang dikisar, serai, garam dan nanas ke dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendidih dan nanas lembut.
3. Masukkan kupang dan santan pekat.
4. Masakkan sehingga mendidih sekali lagi.
5. Tutup api dan hidangkan.