Resepi Bubur Oat Tomyam Viral

Resepi Oat Berlauk Tomyam!!

Bahan-bahannya:


  • Oat 4 Sudu Besar (terpulang pada anda)
  • Kiub Tomyam (saya letak 1 je sebab buat semangkuk je)
  • Lobak
  • Kobis
  • Ikan Bilis
  • Cili Padi
  • Bawang Merah
  • Olive Oil (Sebab tengah Projek Besar, minyak masak biasa pun boleh)

Cara penyediaannya:

  1. Goreng Ikan bilis sehingga garing, masukkan bawang dan cili padi, goreng bersama,
  2. kemudian angkat dan ketepikan
  3. Guna minyak gorengan tadi sedikit untuk menggoreng sayur,
  4. kemudian masukkan air, kiub tomyam dan Oat, masak sekejap je sebab oat cepat masak, agak-agak oat dah kembang kira masaklah tu.
  5. Angkat dan hidangkan oat tomyam tadi, bolehlah letak ikan bilis goreng tadi diatas oat, sedia untuk dimakan.


*Boleh juga tambah ayam, udang, sotong, terpulang pada anda, oh ye tak perlu letak perasa dah sebab tomyam tu dah cukup sedap.

See sangatlah simple, tak susah mana pun, sama je macam bubur nasi, bezanya nasi tu tukar dengan oat, serius lagi sedap dari bubur nasi, tak percaya trylah buat!



Terbaru Lebih lama
Join us on telegram