MrJazsohanisharma

Resepi Bubur Pulut Hitam Sedap


Bahan Bahan Bubur Pulut Hitam
1 1/2 cawan pulut hitam
6 cawan air, untuk merebus pulut
1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
3/4 cawan gula putih
1/2 ketul gula melaka
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung

Cara Masak Bubur Pulut Hitam

Pulut Hitam
1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. 
2.Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
3.Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. 
5.Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.

Kuah Santan
1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
2.Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. 
3.Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Tips:
Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

Share resepi ni ye :)
Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram