BUBUR SOM SOM
Bahan som-som
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut (tp x penuh sgt la sukatan tu)
sebiji kelapa (2 kali perah santan)
4 cawan air
1 sudu teh garam
Cara buat som som
1. campur semua bhn dlm periuk, kacau bg seme tepung tu larut dulu.
2. letak atas dapur, api sederhana atau slow je....
3. godeh, supaya bahan td x berketul
4. kaco sampai likat berkilat. sampai x leh godeh dah la... heheh... siap
(terpulang samada nak ceduk masuk loyang atau tidak)
Bahan Bahan kuah gula merah:
gula merah (na pakai dlm setgh peket kecik je)
4 sudu gula biasa (agak2 la kemanisan dia tu)
2 cawan air
daun pandan
Cara buat kuah gula merah :
1. campur semua bahan dlm periuk
2. didihkan sampai semua larut, buh daun pandan, angkat. siap