Bahan bahan butter cake gebu
250 gm pure butter
250 gm tepung naik sendiri
180 gm gula kastor
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
Cara cara buat butter cake gebu
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih.
( Low speed kemudian sederhana kemudian high speed )
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.
P/S : Saya guna loyang saiz 5 inci, dapat 3 biji butter cake. Kek merekah, jadi lepas ni boleh bahagi kepada 4 loyang saiz 5 inci.
Credit to Raudhatul Ilma Jamaludin