Bahan-bahannya:
- 2 labu bawang besar di hiris besar-besar.. bawang tau bukan labu.. sape bubuh labu aku sekeh kang.. heheeee
- 2 biji tomato di belah2.. nak taruk 3 biji pun boleh
- 2 batang cili merah di hiris2
- 5-6 biji cili api di hiris2.. kalau nak pedas taruk la lebih
- 3cm Halia di hiris kasar.. halus2 sgt kang terkunyah halia lak..
- 5-6 biji limau kasturi di ambik jus nya sahaja. . Biji takmo..
- garam dan serbuk knorr pasti sedap secukup rasa.. takde serbuk knorr pun takpe.. hehehe
- air secukupnya
Ni semestinya kena ada.. kalau takde ikan kakap acaner nak masak kang.. ikan bawal pun boleh..
Cara penyediaanya:
** sy guna kuali besar je.. malas nak guna pengukus walaupun ada.. kata nak cara mudah kannn..
Bila minyak dah panas, masukkan bawang dengan halia.. kacau-kacau sampai sedikit layu..
Kemudian masukkan air ikut banyak mana kuah yang korang nak.. aku masukan 2 cawan je..
Masukkan cili merah, cili api..
Pastu masukkan ikan..
Tuang jus limau.. Kacau sebati dan siram-siram ikan tu dengan kuah dalam kuali tu.. jangan ganas kang hancur ikan tu kang..
Masukkan tomato yg di belah tadi.. Jaga je ikan tu elok2.. api sedang-sedang je jangan besar sangat. Lepas tu masukkan garam dan perasa serbuk knorr pasti sedap.. jgn lupa balik2kan ikan tu ye.. kang belah atas tu mentah lak kang.. huhu
Biar merenih... agak-agak isi ikan tu dah masak tutup la api.. siap utk di hidangkan..
Pehhh... selamat mencuba!!