Resepi Ketam Berlada Simple Lazat

Resepi Ketam Berlada Lazat!!

Bahan-bahannya:

  • 4 ekor ketam
  • 10 biji lada kering
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • sedikit garam, gula

Cara penyediaanya:

  1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih kemudian tumis hingga naik minyak.
  2. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, kicap manis dan sedikit air.
  3. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan buah tomato yang di potong.
  4. Setelah mendidih masukkan ketam yang telah dibersihkan dan di potong.
  5. Masak ketam hingga isinya empuk dan hidangkan.
  6. Selamat mencuba!!

*Satu lagi cara boleh goreng ketam terlebih dahulu, selepas itu bolehlah masukkan ke dalam sambal.

Terbaru Lebih lama
Join us on telegram