MrJazsohanisharma

Resepi Lengkap Murtabak Cheese Leleh Sedap

Bahan-bahannya:

2 gelas tepung gandum (350gm)
1 biji telur saiz c (yg paling kecil)
Sedikit garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar shortening/butter
½ gelas air atau kalau keras tambah sikit air (200ml)
Untuk salut doh roti canai nanti
Butter/margerin/minyak

Cara penyediaanya:


Jika guna breadmaker –
Masukkan semua bahan kecuali air.. air tambah sedikit demi sedikit hingga mendapat hasil seperti buat donat.. doh tidak terlalu lembik sangat.. tak lekat kat tangan doh dikira ok.. uli guna bread maker sehingga abis ulinya ..dalam 20 minit uli.. insyaallah doh akan lembut dan elastik.. mula bulatkan doh dalam 90gm dan salut dengan butter/margerin/minyak.. simpan semalaman

Jika guna tangan –
  • Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, garam, gula, susu pekat, shortening kemudian masukkan telur ..uli kering
  • Masukkan air demi sedikit hingga doh tak lekat kat tangan… sukatan air tu tak semestinya habis ye ..jika doh dah tak lekat kat tangan dikira ok seperti kita buat donat… uli doh selama 20 minit shingga doh lembut dan elastik.. (part ni uli 7 minit berehat kejap.. uli lagi rehat kejap dan uli lagi)
  • Seterusnya bulatkan doh seberat 90gm hingga abis.. saya dapat dalam 7 biji..
  • Kemudian salut doh dengan sedikit minyak/butter/margerin..
  • Letak dalam bekas tertutup dan biarkan semalaman atau dalam 5 jam


Inti Martabak Daging (blh dpt 3 @ 4 biji martabak)


Bahan A:
  • 500gm daging kisar/hancur
  • 2 biji bawang besar (sederhana besar)kalau tak suka bawang banyak isi 1 biji pun memadai potong dadu kecil
  • Sedikit je halia tumbuk
  • 1 sudu besar rempah beriyani
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam, gula secukup rasa


Cara penyediaanya:

Tumis bawang besar dan halia dengan sedikit minyak
masukkan rempah ..kacau hingga naik bau..biar lama sikit masak supaya rempah masak sempurna
masukkan daging kisar
perisakan dengan garam dan gula
kacau adunan hingga masak dan agak kering.

Bahan B:

  • 6 biji telor dicuci bersih


Bahan C:

  • 2 biji bawang merah di potong dadu


Bahan D:

  • ½ -1 mangkuk mozarella cheese yang diparut dan
  • 1 tiub cheese yang warna oren yang biasa orang letak dlm burger dlm 6 keping – cairkan n tambah dlm 1 cawan susu segar kalau pekat tambah sikit lagi..cair nya mcm sos cili tu
  • Dah semua bahan ada start mula menebar


Cara penyediaannya:

  1. Ambil sebiji doh roti canai..jika tak pandai tebar guna dulang..penyek2 kan doh atas dulang..letak sikit minyak ye..canai bagi leper..tarik doh tadi hingga nipis .. insyaallah kalau kita uli doh hingga lembut dan elastik (doh kalau kita tarik ia tak carik/koyak)..
  2. Pecahkan telur atas doh.. masukkan inti martabak, bawang, dan cheese
  3. tutup doh…
  4. Panaskan pan taruk sikit minyak.. ambil roti perlahan-lahan dan letak atas pan panas tadi.. balikkan roti..
  5. Agak-agak dah masak.. pecahkan sebiji telur atas roti .. ratakan dan taruk inti martabak.. terbalik biar doh yang ada daging ni dibawah..biar masak.
  6. Part akhir ni..kalau nak letak cheese atas permukaan yang ada daging pun boleh..atau letak permukaan satu lagi pun boleh..hanya letak separuh roti sahaja cheesenya..taruk 2 jenis cheese..nak taruk banyak pun sedap.. biar kejap dan terus lipat dua..potong kecik dan sedia dihidang panas dan dimakan dengan bawang cuka


Acar Bawang:

  • 2 biji bawang besar (sederhana saiz) di hiris nipis
  • 3 sudu besar cuka
  • Sedikit garam
  • Gula
  • Pewarna merah(ros)
  • Satukan kesemuanya dan taruk dalam peti sejuk. Makan murtabak cheese cicah acar bawang memang lazat
Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram