Resepi Roti Sekaya Mudah

ROTI SEKAYA ..

Bahan Sekaya..
5-6 Helai Daun Pandan - diambil airnya sahaja
1 biji Telur
250ml Susu Cair
250ml Air
150g Gula
2 sudu besar Tepung Jagung
Secubit Garam

Cara Memasak..
1. Blender daun pandan dgn air (setengah cawan) kemudian tapis air daun pandan td.
2. Masukkan telur dan gula, dikacau sebati.
3. Masukkan susu, air daun pandan dan tepung jagung, dalam pengadun dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan bahan yang disediakan dalam periuk dan masak dengan api kecil dan sentiasa kacau selama 20 minit.
5. Setelah ianya likat, matikan api tunggu sehingga ia menjadi sejuk.
6. Hidangkan bersama susu cair untuk rasa lebih umpphh.
7. Bahan paling penting Roti Benggali yg telah anda stimkan atau bakar ikut selera anda.

Bahan Roti..
1½ cawan air
2 camca besar minyak
2 camca besar gula
2 camca teh garam
2 camca besar susu tepung
4 cawan tepung roti
1½ camca teh yis

Cara Memasak..
1. Campurkan semua bahan dan uli sampai lembut dan elastik.
2. Bentukkan dan masukkan dalam loyang.
3. Perap 5 jam.
4. Sapukan air atau susu atas permukaan roti.
5. Bakar 175°c selama 25 minit.
6. Sapu dengan mentega sebaik keluar oven.
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram