Bahan Bahan Ulam Miang Kham
Daun Kaduk
Kacang
Kelapa ** Isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering
Bahan Kuah Miang Kham
Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan
Cara Buat Kuah Miang Kham
1. Panaskan air,
2. Masukkan gula melaka, gula putih, belacan.
3. Kacau dengan api perlahan
4. Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.
Cara Makan Ulam Miang Kham
1.Gulungkan daun kaduk,
2. Masukkan semua bahan
3. Letakkan kuah balut dan
4. Makan
Share resepi ni ye :)