CREAM HORN
Bahan custard..
1 1/4 cawan susu segar
1/8 cawan tepung gandum
1/8 cawan gula kastor
1 tbsp tepung kastad
2 biji kuning telur
Esen vanila
Bahan lain..
Kulit pastry
Kuning telur
Gula kastor
Whipping cream
Cara-cara..
- Satukan kesemua bahan custard dan masak hingga kental. Sejukkan.
- Ambil sehelai kulit pastry dan uli nipis. Potong kulit pastri lebar 1-2 cm memanjang.
- Gunakan acuan cream horn dan balut menggunakan pastry yang sudah dipotong tadi.
- Sapukan kuning telur pada kulit pastri tadi dan taburkan gula. Bakar suhu 150°C selama 20 min atau keperangan.
- Apabila pastry sudah masak, picitkan custard yang sudah kita buat tadi, dan hias mengikut kreativiti. Sedia dihidang.