MrJazsohanisharma

Resepi Kuih Talam Ubi Tradisional



Bahan Bahan Kuih Talam Ubi

Lapisan bawah :

1 kg ubi kayu (kisar, tapis & buang air tapisan)
3 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Lapisan atas :
1 cawan tepung beras
4 ½ cawan santan pekat
1 sudu teh garam


Cara Buat Kuih Talam Ubi

Lapisan bawah :
Panaskan kukusan.
Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air ke dalam periuk kecil. Masak hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya.
Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula yang telah disediakan. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.

Lapisan atas :
Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapis dan masukkan dalam periuk kecil. Masakkan sebentar atas api. Kacau selalu supaya tidak berbiji-biji. Tutup api.
Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus
semula selama ½ jam.

Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!
Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram