Bahan Bahan Kupang Masak Sambal Merah
500 gm isi kupang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
3 batang serai - dimayang halus
2 kuntum bunga kantan - dibelah dua
1 1/2 sudu kecil belacan
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Buat Kupang Masak Sambal Merah
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Tumis bahan kisar tadi sehingga masak.
4. Masukkan bunga kantan dan serai.
5. Bolehlah dimasukkan isi kupang, air asam jawa dan garam.
6. Masak sehingga kuahnya agak kering.
7. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.