Resepi Paru Goreng Cili Terbaik!


Bahan Bahan Paru Goreng Cili
1/2 kg paru
5 tangkai cili merah
10 -15 tangkai cili api
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 keping asam gelugor
garam, gula, serbuk kunyit
Air untuk rebus paru
Minyak 


Cara Masak Paru Goreng Cili
Rebus paru dengan 2 keping asam gelugor dan garam. Air letak paras paru, bagi tenggelam. Rebus lebih kurang 10 minit.
Potong nipis paru dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Panaskan minyak dan goreng paru. Goreng hingga tiada lagi buih2. Angkat.
Tumbuk cili merah, cili api, halia, 1 labu bawang besar dan bawang putih. Tak perlu lumat sangat ye.
Tumis bahan tumbuk hingga separuh garing. Masukkan 1 labu bawang besar yg dihiris, 1 keping asam gelugor.  Masukkan pula paru, goreng hingga betul2 garing. Perasakan garam dan gula. Siap

Selamat Mancuba!
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram