Resepi Paru Masak Sambal Goreng


Bahan Bahan Paru Masak Sambal Goreng
-Paru anggaran 2 genggam (direbus dan dihiris nipis) paru ni sgt ringan jadi i tak boleh nak bagi dalam kiraan gram ye.
-2 senduk besar cili kisar (cili+bawang putih+bawang besar)
-1.5 sudu besar sos tiram
-1 biji tomato
-1 senduk besar minyak masak
-Air secukupnya


Cara Buat Paru Masak Sambal Goreng
-Tumis cili kisar dengan 1 senduk minyak, goreng cili sehingga garing dan masak, goreng lama sikit ye supaya cili betul2 masak dan kurang pedas masukkan air sedikit2 semasa proses ni.
-Masukkan sebiji tomato yang telah dipotong dadu.
-Setelah cili masak dan tomato tadi hancur masukkan sos tiram, apabila rasa dah balance tutup api dan biarkan cili di dalam kuali.  Pastikan cili tadi sedikit garing ye.
-Kuali yang berasingan - panaskan minyak dalam 3 senduk besar dan goreng paru tadi sehingga garing dan bertukar warna kehitaman.
-Kemudian angkat paru dan toskan sebentar sebelum digaul bersama cili yang telah digoreng tadi

selamat mencuba!
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram