MrJazsohanisharma

Resepi Pavlova Sedap

PAVLOVA

Bahan-bahan.. 

4 biji putih telur Gred A  (putih sahaja)
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla

Bahan topping.. 

1 botol whipping cream – boleh didapati di pasaraya.
Buah-buahan kesukaan anda. (Cth : strawberi , kiwi dll)

Cara-cara.. 

- Tips – Pastikan tiada sebarang habuk / minyak pada permukaan mangkuk/bekas dan juga hanya putih telur sahaja – Ini penting .

- Pertama , menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhan,  pukul 4 biji putih telur sehingga kembang dan berbuih-buih. Selepas itu, barulah masukkan gula sedikit demi sedikit . Ianya bermaksud, masukkan sedikit, kacau menggunkan hand mixer hingga sebati, baru masukkan lagi, kacau lagi hingga sebati hancur. Ulang sehingga gula habis.

- Kedua , adun sehingga menjadi   "meringue"  = putih berkilat.

- Tips – Terbalikkan mangkuk/bekas, jika adunan tidak jatuh, itu bermakna anda mencapai tahap yang dikehendaki .

- Ketiga , masukan tepung jagung, cuka dan esen vanilla dalam adunan. Dan kacau laju menggunakan spatula kayu. Selepas sebati semuanya , alaskan loyang dengan baking paper , letakkan adunan di atas loyang mengikut bentuk anda mahu. Panaskan oven selama 150'C selama 15 minit dan selepas itu turunkan suhu kepada 140'C, barulah dimasukkan adunan  dan dibakar selama 60 -75 minit bergantung pada oven anda.

- Tips – Jangan keluarkan pavlova terus dari oven selepas selesai. Buka pintu oven dan biarkan pavlova menyejuk.

- Keempat , selepas sejuk, letak topping iaitu whipping cream di atas pavlova dan susun hirisan buah-buahan yang anda mahu
Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram