Resepi Siput Sedut Masak Lemak Batang Keladi (Tanpa Tumis)


Bahan Bahan Siput Sedut Masak Lemak Batang Kelandi

*dikisar
Bawang merah besar
Bawang putih
Halia
1sk serbuk kunyit
1sk ketumbar
4 tangkai cili - suka pedas letak banyak

Serai diketuk
Daun kunyit dikoyakkan

1 mangkuk santan pekat

Batang dan isi keladi direbus terlebih dahulu. Biarkan empuk sedikit dan tak perlu terlalu lama direbus.

Bahan bahan

*dikisar
Bawang merah besar
Bawang putih
Halia
1sk serbuk kunyit
1sk ketumbar
4 tangkai cili - suka pedas letak banyak

Serai diketuk
Daun kunyit dikoyakkan

1 mangkuk santan pekat

Batang dan isi keladi direbus terlebih dahulu. Biarkan empuk sedikit dan tak perlu terlalu lama direbus.

Cara Buat Siput Sedut Masak Lemak Batang Keladi

Letakkan siput ke dalam sinki yang bersih. Taburkan tepung gandum. Jom mula. Teknik ini memerlukan otot lengan yang sado ye 😁💪🏼
Ulang step hingga cengkerang siput bersih dari lumpur.
Dah bersih. Jom mulakan mengetuk, buang sedikit hujung bontotnya.. pakai plier lagi senang 
Kemudian basuh bersih. Toskan airnya.
Masukkan siput, bahan kisar, serai dan daun kunyit ke dalam periuk. Letakkan 2 cawan air. Biarkan mendidih seketika.
Boleh lah masukkan santan. Api sederhana kecil
Letak garam dan gula secukup rasa.
Tunggu ia mendidih manja lagi sekali.
Boleh lah masukkan keladi yang kita rebus tadi. Biarkan ia mendidih rata. Siap!

Selamat mencuba 😊

Terbaru Lebih lama
Join us on telegram