Bahan Bahan Bubur Pengat Keladi
500 gm keladi *kupas kulit dan potong dadu jangan terlalu kecil
700 ml santan pekat
2 helai daun pandan *siat dan simpul
120 gm gula pasir
45 gm gula Melaka
2 cubit garam halus *air secukupnya untuk merebus keladi
Cara Buat Bubur Pengat Keladi
Rebuskan keladi yang telah di potong dadu sehingga empuk dan toskan airnya.
Tuangkan santan ke dalam keladi.
Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka daun pandan dan garam.
Renehkan dengan api kecil dan sentiasa di kacau sehingga gula larut dan kuah agak pekat.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!