Resepi Soft Marble Cake
Bahan-bahan
? 250gm butter
? 200gm gula kaster
? 4 biji telor - guna gred A ataupun B
? 250gm tepung naik sendiri- sy guna tepung gandum + 1 sudu kecil double action baking powder ( diayak )
? 1/2 cawan susu cair@segar
? 1 sudu kecil esen vanilla
? 1/2 sudu kecil butter oil- saya tambah rahsia jadikan kek lebih harum dan sedap
Caranya
SAPUKAN LOYANG 7" PERSEGI DENGAN SEDIKIT BUTTER DAN ALASKAN DENGAN BAKING PAPER.
1 . Butter dan gula kaster di pukul hingga kembang dan gebu.
2 . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla dan butter oil..putar sebati.
3 . Masukkan tepung berselang seli dengan susu sampai habis..kaup balik kan dengan menggunakan spatula sampai sebati.
4 . Bahagikan adunan dan warnakan mengikut citarasa dan corakkan.
5 . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu suhu 160°C selama 40-45 minit @ sehingga masak ikut kesesuaian oven masing2