Resepi Bihun Sup Utara Power!


Bahan Bahan Sup Utara
Ayam Atau Daging
Bawang Besar*
Bawang Putih*
Halia*
* Semua bahan diatas dikisar
Serbuk Rempah Sup Adabi
Sup Bunjut
4 Sekawan
Ubi Kentang
Daun Sup
Daun Bawang
Garam

Cara Masak Sup Utara
Masukan minyak masak..Tumis 4 sekawan masukan bahan yg dikisar tumis hngga wangi lepas tu masukan serbuk rempah,sup bunjut tumis hngga rempah masak masukan ayam atau daging masukan air ikut berapa bnyk kuah yg diperlukan biar ayam atau daging masak separuh masukan kan ubi kentang biar ayam atau daging betul² masak akhir sekali jgn lupa masukan garam.Siap sup masak taburkan daun bawang dan daun sup.


Bahan Bahan Sambal Kicap
Cili Besar
Cili Api
Gula
Cuka
Kicap

Cara Buat Sambal Kicap
Goreng cili besar,cili api dan bawang putih bersama sedikit minyak shj dan kisar semua bahan² diatas hngga halus.


Bahan Bahan Bihun Kuning Utara
Bihun
Serbuk Kunyit

Cara Buat Bihun Kuning Utara
Rebus bihun bersama serbuk kunyit hngga bihun lembut.


Selamat mencuba 😊
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram