Bahan Bahan Sup Tepung
π Untuk Doh
• Tepung gandum 3 cawan
• Planta 3 sudu besar
• Garam 1 sudu kecil
• Air
π² Untuk Kuah Sup
•Bawang merah
•Bawang putih
•Rempah tumis 3 sekawan
•Lada hitam
•Ikan bilis (kalau ada)
•Sawi 1 ikat (kalau ada)
Cara Buat Sup Tepung
1. Uli doh sehingga lembut. Biarkan sekejap
2. Tumis bawang dan rempah sup.. Masukkan air, sawi dan garam ikut citarasa
3. Bila kuah sup dah mendidih, ambil doh dan buat bulat kecil..Leperkan dgn jari dan masukkan ke dalam kuah sup.
4. Bila tepung dah timbul boleh tutup api.
5. Boleh tabur daun sup dan bawang jika suka
6. Sup tepung lebih sedap dimakan dengan sambal kicap
Selamat memcubaπ