Bahan Bahan & Cara Masak Nasi Goreng Ayam
Nasi goreng
Sukatan ikut kesesuaian
Bahan Kisar
Cabai kering
Bawang merah
Ikan bilis
Tumis bawang putih sampai naik bau,
masukkan bahan kisar
masak sampai garing
masukan kicap,garam, serbuk maggie cukup rasa,sedikit gula..
agak kering boleh tambah air
masukkan sawi seterusnya nasi..gaul rata..
Ayam goreng
Rebus ayam bersama halia,serai,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang..garam secukup rasa..rebus hingga masak..ye
Toskan ayam dan perap dengan kicap manis, sos tiram dan lada sulah selama setengah jam..goreng sekadar utk menggelapkan warna ayam..
air rebusan boleh jadikan sup kosong
sos sambal
Bahan kisar
Agak2 sukatannya.
Cabai kering
Cabai melaka
Bawang putih
Masak bahan kisar,tambahkan sos cili,sedikit cuka,serbuk pati ayam,gula dan garam secukupnya..kepekatan sos ikut selera ya..tambah sedikit bancuhan tepung ubi utk pekatkan sos
Selamat mencuba!