Teringin makan Ayam Percik tapi malas nak bakar guna arang? Jangan risau, resepi Ayam Percik Mudah ini hanya menggunakan kualiti leper (pan) sahaja namun rasanya tetap padu, lemak manis, dan membangkitkan selera. Jom kita cuba!
🛒 Keperluan Bahan-Bahan
🍗 Bahan Perapan Ayam:
- 2 ketul Ayam (Dikelar supaya mudah masak)
- 1 sudu Serbuk Kunyit
- 1 sudu teh Lada Hitam Kasar
- 1 sudu Garam
- 1 sudu Gula (Atau madu untuk kesan karamel)
- Sedikit Minyak Masak (Untuk membakar)
🌶️ Bahan Kuah Percik:
- 1 cawan Santan
- 5 tangkai Cili Kering (Rendam air panas)*
- 1 batang Serai*
- Halia (Sebesar ibu jari)*
- 1 biji Bawang Merah*
- 2 ulas Bawang Putih*
- Garam, Gula & Lada Hitam (Secukup rasa)
*Bahan perlu dikisar halus.
👨🍳 Cara Penyediaan (Step-by-Step)
1. Perapan & Bakar Ayam
Gaul ayam dengan bahan perapan hingga mesra dan biarkan selama 10 minit. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak, bakar ayam guna api kecil. Balik-balikkan setiap 5 minit sehingga ayam masak sempurna. Ketepikan ayam dan buang baki minyak dalam kuali.
2. Menumis Kuah Percik
Panaskan sedikit minyak dalam periuk lain, tumis bahan kisar (*) sehingga wangi dan sedikit pekat. Gunakan api kecil supaya bahan tumis masak sekata tanpa hangus.
3. Memasak Santan
Masukkan santan ke dalam bahan tumisan. Kacau sentiasa sehingga mendidih. Perasakan dengan garam, gula, dan lada hitam kasar. Masak sehingga kuah mencapai kepekatan yang anda ingini.
4. Penyelesaian
Tuangkan terus kuah percik yang panas tadi ke atas ayam yang telah dibakar di dalam kuali leper. Biarkan seketika supaya kuah meresap ke dalam kelaran ayam. Siap!
💡 Tips Ayam Percik Lebih Padu
- Aroma Serai: Pastikan serai dikisar halus untuk membangkitkan aroma percik yang asli.
- Tekstur Kuah: Jika suka kuah yang lebih lemak, gunakan santan pekat. Kuah yang masak lama sehingga pecah minyak akan rasa lebih sedap.
- Kesan Bakar: Untuk nampak seperti dibakar arang, biarkan ayam sedikit garing/hitam di bahagian tepi semasa membakar di kuali leper.
Selamat mencuba! 😊 Menu ni kalau makan dengan nasi kerabu atau nasi putih panas-panas, memang terangkat!
#AyamPercik #ResepiAyamPercik #AyamPercikMudah #MenuBerbuka #LaukPauk #AyamBakar #MasakanMelayu #ResepiTradisional